Monday, August 31, 2009

Rumah Dan Kawan-Kawan

Minggu ni kawan saya, lebih dikenali sebagai Falyhin (John) & Khairul Azhar (Ayoi) telah meluangkan masa cuti merdeka untuk datang ke rumah saya di Seremban. Mereka ini memang lama tidak bertandang ke Seremban. Apa boleh dilakukan, tiada berkesempatan. Aktiviti kami agak terhad kerana menghormati bulan puasa yang mulia ini. Walaubagaimanapun, kami sempat membeli-belah di Jusco. Alhamdullilah masing-masing dapat juga baju baru. Hari ini bersamaan 31 Ogos 2009, kami akan pulang ke UiTM Segamat. Moga-moga kami selamat sampai. Amin.

P.S: Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52

No comments: